Jumaat, 3 Jun 2011

SemingguCuti Berlalu

Assalamualaikum buat pembaca budiman.
Masa cuti sekolah dirasakan terlalu cepat berlalu. Jika memandang cermin tampak usia semakin senja.Tambah suka mengomel dengan anak-anak terutama bab solat.Berkedut dahi cari idea. Mesti kena ceramah selalu bila tiba waktu solat. Anak-anak leka dengan aktiviti sendiri. Merehatkan minda kononnya. Tidak mengapa letih sedikit berceramah kerana anak-anak wajib diasuh mentaati perintah Allah. Memang berat tanggungjawab ibu bapa . Anak-anak ibarat kain putih, kalau putih yang kita corak putihlah hasilnya. Sebagai Ibu bapa kita mesti membantu anak-anak menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah. Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang solehah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan