Assalamualaikum buat pembaca budiman.
Masa cuti sekolah dirasakan terlalu cepat berlalu. Jika memandang cermin tampak usia semakin senja.Tambah suka mengomel dengan anak-anak terutama bab solat.Berkedut dahi cari idea. Mesti kena ceramah selalu bila tiba waktu solat. Anak-anak leka dengan aktiviti sendiri. Merehatkan minda kononnya. Tidak mengapa letih sedikit berceramah kerana anak-anak wajib diasuh mentaati perintah Allah. Memang berat tanggungjawab ibu bapa . Anak-anak ibarat kain putih, kalau putih yang kita corak putihlah hasilnya. Sebagai Ibu bapa kita mesti membantu anak-anak menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah. Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang solehah. Amin.
Jumaat, 3 Jun 2011
Khamis, 26 Mei 2011
Musim Cuti Sekolah Tiba Lagi
Esok sekolah mula cuti selama 13 hari. Mama rasa setiap cuti sekolah memang sibuk. Sibuk dengan memenuhi undangan perkahwinan . Sibuk hendak melancong. Sibuk balik kampung . Pendek kata memang sentiasa sibuk. Tapi jangan lupa urusan kita sebagai khalifah Allah,. Bagi anak -anak yang akan menduduki peperiksaan penting UPSR, PMR ,SPM, STPM dan lain-lain ,gunakan masa dengan sebaiknya untuk ulangkaji pelajaran. Untuk rakan-rakan guru bolehlah re-charge minda untuk mempersembahkan action yang lebih baik selepas bercuti. Selamat Bercuti.
Selasa, 24 Mei 2011
Meluangkan masa untuk anak-anak
Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu yang bekerja masa amat terhad bersama anak -anak untuk melihat mereka mengulangkaji pelajaran secara sistematik. Saya telah sediakan jadual belajar yang santai . Maksudnya semasa berbual tanyakan beberapa soalan mudah supaya mereka tergerak membuka buku untuk mencari maklumat dan secara tidak langsung anak-anak sibuk buka beg sekolah masing-masing. Seronoknya.Mama tersenyum senang.
Langgan:
Ulasan (Atom)