Sabtu, 11 Ogos 2012

                         Number One For Me-Maher Zain


Isnin, 26 Mac 2012

Anak Cemerlang Keluarga Terbilang

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan pada 21/3/2012. Yang cemerlang pasti gembira. Mama pun turut gembira dengan kejayaan anak-anak murid mama. Satu kelas skor A Subjek Sejarah.  Syabas dan Tahniah. Bangga dan syukur .Anak-anak memang hebat. Yang best ada ibu bapa belanja guru-guru . Terima kasih untuk Assilah sekeluarga. Selepas ini anak-anak akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Calon-calon SPM 2012 perlu bersiap sedia dari sekarang.

Jumaat, 3 Jun 2011

SemingguCuti Berlalu

Assalamualaikum buat pembaca budiman.
Masa cuti sekolah dirasakan terlalu cepat berlalu. Jika memandang cermin tampak usia semakin senja.Tambah suka mengomel dengan anak-anak terutama bab solat.Berkedut dahi cari idea. Mesti kena ceramah selalu bila tiba waktu solat. Anak-anak leka dengan aktiviti sendiri. Merehatkan minda kononnya. Tidak mengapa letih sedikit berceramah kerana anak-anak wajib diasuh mentaati perintah Allah. Memang berat tanggungjawab ibu bapa . Anak-anak ibarat kain putih, kalau putih yang kita corak putihlah hasilnya. Sebagai Ibu bapa kita mesti membantu anak-anak menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Insya Allah. Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang solehah. Amin.

Khamis, 26 Mei 2011

Musim Cuti Sekolah Tiba Lagi

Esok sekolah mula cuti  selama 13 hari. Mama rasa setiap cuti sekolah memang sibuk. Sibuk dengan memenuhi undangan perkahwinan . Sibuk hendak melancong. Sibuk balik kampung . Pendek kata memang sentiasa sibuk. Tapi jangan lupa urusan kita sebagai khalifah Allah,. Bagi anak -anak yang akan menduduki peperiksaan penting UPSR, PMR ,SPM, STPM dan lain-lain ,gunakan masa dengan sebaiknya untuk ulangkaji pelajaran. Untuk rakan-rakan guru bolehlah re-charge minda untuk mempersembahkan action yang lebih baik selepas bercuti. Selamat Bercuti.

Selasa, 24 Mei 2011

Meluangkan masa untuk anak-anak

Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu yang bekerja masa amat terhad bersama anak -anak untuk melihat mereka mengulangkaji pelajaran secara sistematik. Saya telah sediakan jadual belajar yang santai . Maksudnya semasa berbual tanyakan beberapa soalan mudah supaya mereka tergerak membuka buku untuk mencari maklumat dan secara tidak langsung anak-anak sibuk buka beg sekolah masing-masing. Seronoknya.Mama tersenyum senang.